Monday, December 31, 2007

 

Membina pendrive dengan SketchUp.

Selamat Tahun Baru!! Enjoy the video. =)



Monday, December 24, 2007

 

Zoom to extent tool

Trick ini saya selalu gunakan ketika saya dah 'sesat' semasa zoom objek. Kadang-kadang apabila kita zoom in, objek yang kita lukis jadi sangat besar dan bila kita zoom out dah tak nampak keseluruhan objek. Gunakan zoom to extent tool. Tool ini akan menjimatkan masa anda mencari di mana kedudukan anda.

Saturday, December 22, 2007

 

Menutup Ruang Terbuka.

Tips ini saya perasan semasa membina sebuah rumah untuk klien Arus Tekad Sdn Bhd. Sekiranya anda melukis model yang mempunyai ruang terbuka, dan anda mahu menutup ruang tersebut,apa yang perlu anda lakukan ialah membuat garisan di sepanjang ruang terbuka. Secara automatik, sketchup akan menutup ruang terbuka tersebut. Selamat mencuba!! :)






















Wednesday, December 19, 2007

 

Garisan bersilang yang bertindih.


Apabila anda melukis satu garisan merentasi garisan yang lain, anda akan dapati 2 garisan yang berbeza ketebalan. Ini menunjukkan garisan yang lebih tebal itu berada di atas garisan yang lebih nipis. Kedua garisan tersebut tidak bersilang antara satu sama lain. Masalah ini berlaku apabila kita melukis garisan yang bersilang dari titik mula dan terus ke titik akhir.
Penyelesaian: Buat garisan dari titik mula ke titik persilangan kemudian sambung garisan tadi dari titik persilangan ke titik akhir. Siap!! Masalah settle.

Friday, December 14, 2007

 

Apa itu Google SketchUp 6?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tujuan saya membina blog ini adalah untuk mendokumenkan segala tips & tricks yang saya tahu tentang sketchup.
Apa itu Google SkecthUp 6? Google SketchUp 6 atau lebih dikenali dengan SU ialah satu perisian membina lakaran grafik 3D. Pendekatan yang digunakan untuk membina grafik 3 dimensi dalam SU adalah berbeza berbanding AutoCAD. Grafik dalam SU dapat dibina dalam pandangan isometri tetapi dalam AutoCAD pengguna perlu bina pandangan sisi, depan dan atas untuk menghasilkan imej 3D

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]

  • free web counter
  • Malaysian Topsites - TopMalaysia.OrG